Pembuka kata
Banjir adalah limpahan air yang berlebihan melalui sungai, kolam, perparitan ataupun tasik yang meliputi tanah kering dalam kawasan yang luas..
Sebab-sebab banjir berlaku
Salah satu sebab banjir berlaku ialah hujan lebat yang berlanjutan ataupun hujan turun tanpa henti selama beberapa hari.
Kawasan tanah pamah dan rendah mudah terjadinya banjir kerana menjadi tempat untuk air hujan yang berlebihan bertakung dan membentuk limpahan air berlebihan ataupun banjir.
Kawasan yang berhampiran sungai juga mudah mengalami banjir.
Kesan daripada pembalakan menyebabkan air tidak dapat diserap oleh tumbuhan dan mengalir terus ke arah sungai.
Sistem perparitan yang tidak dibina khusus untuk masalah banjir.
Pembuangan sampah sarap ke dalam sistem perparitan menyebabkan aliran air tersumbat.
Kawasan yang berbatu dan kawasan yang menyeliputi tanah menyukarkan penyerapan air ke dalam tanah dan memudahkan banjir berlaku.
Akibat banjir
Aktiviti harian manusia terjejas kerana tidak dapat menggunakan air sungai seperti membasuh kain, bekalan sebagai air minuman dan makanan.
Tanaman dan pertanian yang di usahakan terjejas kerana air banjir menyukarkan tanaman menjalankan proses fotosintesis.
Penyebaran berbagai jenis penyakit yang berbahaya seperti malaria dan campak
Ekonomi terjejas kerana perniagaan terpaksa dihentikan untuk sementara di kawasan yang mengalami banjir.
Kerosakan harta benda dan kerugian yang di alami oleh penduduk yang mengalami banjir.
Langkah-langkah mengatasi banjir
Mencegah orang ramai supaya tidak membuang sampah ke dalam sistem perparitan.
Kerajaan membina sistem perparitan yang sesuai untuk mencegah masalah banjir.
Menguatkuasakan undang-undang pembalakan dan mencegah masalah pembalakan haram.
Menanam pokok dan tumbuhan untuk mencegah masalah air hujan yang berlebihan.
Membina kediaman di tempat yang tinggi dan tidak berhampiran sungai.